Sunday 19 June 2011

204 peserta menjayakan Seminar Zero to Hero 2 PEMBINA Sarawak

 
Laporan Program Zero to Hero

Kota Samarahan, 18 Jun 2011- Satu seminar motivasi yang bertajuk Zero To Hero 2 telah diadakan  bertempat di Dewan Kuliah, CTF1 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Seminar  “Zero To Hero 2 merupakan satu program motivasi yang dianjurkan secara bersama oleh Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Sarawak dan Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa (RIM) UNIMAS dengan kerjasama ISMA Sarawak dan Aman Palestin Sarawak.

Seminar ini telah dihadiri oleh 204 orang peserta yang terdiri dari pelajar Asasi UNIMAS, UITM Kota Samarahan dan ICATS. Seminar yang bertemakan "Dasyatkan Potensi Dirimu" ini merupakan edisi kedua yang dianjurkan oleh Pembina Sarawak.


Seterusnya seminar ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Othman Bojo yang merupakan Dekan Pusat Pemajuan Pelajar UNIMAS. Di dalam ucapan penutupannya, beliau amat menyokong dan berasa tertarik dengan tajuk seminar yang lain daripada yang lain serta objektif yang bersesuaian dengan keperluan semasa belia islam di IPTA. Selanjutnya beliau berharap agar program-program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha membantu UNIMAS melahirkan pelajar yang cemerlang dan berwawasan.

Menurut Pengarah Program yang juga Pengerusi Pembina Sarawak iaitu Sdr. Muhd Abdul Mun’aim Mohd Idrus. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta. Melalui seminar ini, kebanyakan para peserta berpuas hati dan mendapat kesedaran tentang tujuan hidup sebenar seorang muslim . Peserta juga didedahkan  bahawa selama ini kita telah diperdaya oleh barat dengan hero rekaan yang melalaikan ramai belia islam. Justeru itu, program ini dianjurkan bertujuan untuk  menyedarkan peserta bahawa Hero sebenar adalah mereka yang berjaya di dunia dan akhirat.

Seminar motivasi ini telah disampaikan oleh 2 orang penceramah jemputan yang di datangkan khas daripada semenanjung Malaysia iaitu Dr. Mohd Arif Mat Noor  dan Ustaz Annuar Salleh. Semoga Pembina Sarawak terus konsisten menganjurkan progam-program yang bermanfaat seperti ini di masa akan datang.

 

 



 
 

 
 





laporan disediakan oleh : Unit Media dan Publisiti PEMBINA Sarawak.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts