Sunday 19 June 2011

204 peserta menjayakan Seminar Zero to Hero 2 PEMBINA Sarawak

 
Laporan Program Zero to Hero

Kota Samarahan, 18 Jun 2011- Satu seminar motivasi yang bertajuk Zero To Hero 2 telah diadakan  bertempat di Dewan Kuliah, CTF1 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Seminar  “Zero To Hero 2 merupakan satu program motivasi yang dianjurkan secara bersama oleh Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Sarawak dan Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa (RIM) UNIMAS dengan kerjasama ISMA Sarawak dan Aman Palestin Sarawak.

Seminar ini telah dihadiri oleh 204 orang peserta yang terdiri dari pelajar Asasi UNIMAS, UITM Kota Samarahan dan ICATS. Seminar yang bertemakan "Dasyatkan Potensi Dirimu" ini merupakan edisi kedua yang dianjurkan oleh Pembina Sarawak.


Seterusnya seminar ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Othman Bojo yang merupakan Dekan Pusat Pemajuan Pelajar UNIMAS. Di dalam ucapan penutupannya, beliau amat menyokong dan berasa tertarik dengan tajuk seminar yang lain daripada yang lain serta objektif yang bersesuaian dengan keperluan semasa belia islam di IPTA. Selanjutnya beliau berharap agar program-program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha membantu UNIMAS melahirkan pelajar yang cemerlang dan berwawasan.

Menurut Pengarah Program yang juga Pengerusi Pembina Sarawak iaitu Sdr. Muhd Abdul Mun’aim Mohd Idrus. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta. Melalui seminar ini, kebanyakan para peserta berpuas hati dan mendapat kesedaran tentang tujuan hidup sebenar seorang muslim . Peserta juga didedahkan  bahawa selama ini kita telah diperdaya oleh barat dengan hero rekaan yang melalaikan ramai belia islam. Justeru itu, program ini dianjurkan bertujuan untuk  menyedarkan peserta bahawa Hero sebenar adalah mereka yang berjaya di dunia dan akhirat.

Seminar motivasi ini telah disampaikan oleh 2 orang penceramah jemputan yang di datangkan khas daripada semenanjung Malaysia iaitu Dr. Mohd Arif Mat Noor  dan Ustaz Annuar Salleh. Semoga Pembina Sarawak terus konsisten menganjurkan progam-program yang bermanfaat seperti ini di masa akan datang.

 

 



 
 

 
 





laporan disediakan oleh : Unit Media dan Publisiti PEMBINA Sarawak.

Wednesday 15 June 2011

Seminar Zero to Hero 2


PEMBINA SARAWAK mengucapkan selamat menyertai  
Seminar Zero To Hero 2 
kepada semua peserta yang sudah mendaftar.  


Maklumat Program


  1. Kaunter pendaftaran dibuka seawal jam 7 pagi di DK, CTF 1.
  2. Pengangkutan pelajar asasi : 4 buah bas + 2x trip akan bermula seawal jam 7 pagi di Dewan UNIMAS.
  3. Pakaian : kemeja dan seluar slack. Berkasut/ sandle kemas. (lelaki). Dan baju kurung/kebangsaan (wanita)

Sebarang pertanyaan boleh berurusan dengan nama dan menelefon no telefon yang tertera di bawah


Rasheedan: 013-5414145
Nurhafizah: 013-8202416

Sunday 12 June 2011

30 peserta sertai Semai Mesra 4 (11 Jun 2011)

Pada 11 Jun 2011: Pembina Sarawak telah mengadakan program semai mesra 4 bagi meraikan pelajar baru asasi UNIMAS batch kedua. Bertempat di pasir panjang, kuching Sarawak program ini bermula seawal jam 7 pagi dengan taaruf dan sarapan pagi. Peserta juga diajarkan untuk melakukan solat sunat dhuha sebelum aktiviti pantai bermula. Aktiviti bertambah menarik dengan pertandingan membuat layang-layang dan menerbangkannya di kawasan pantai. Seterusnya peserta bermandi-manda dan diselang selikan dengan permainan menarik seperti belalang belatuk dll bagi merapatkan ukhwah sesama peserta. Selesai makan tengahari dan solat zohor, majlis penutupan diadakan dengan beberapa ucapan diberikan oleh Pengerusi Pembina Sarawak, Sdr Mun'aim idrus yang mengucapkan terimas kasih atas kehadiran peserta dan berharap program SM4 ini dapat mengeratkan ukhwah. Seterusnya ucapan kedua disampaikan oleh Sdr Abd Hafidz Yusoff, Biro Pembangunan Sumber Manusia (PSM) ISMA Sarawak. Beliau memberi pesanan kepada peserta agar selalu menyertai program-program seperti ini agar dapat menghindarkan diri daripada aktiviti yang tidak sihat dan berharap agar peserta dapat fokus dengan tujuan hidup sebagai muslim sejati yang menjadi contoh buat pelajar-pelajar lain. Ucapan wakil peserta Asasi pula disampaikan oleh Sdr Iqbal Najid yang mana dalam ucapannya beliau berharap semua peserta dapat saling kenal-mengenal untuk membentuk ukhwah islamiyah yang kuat demi kekuatan ummat islam khususnya buat rakan-rakan beliau daripada Asasi. Pesan beliau juga agar beliau dan peserta dapat selalu menyertai program-program anjuran ISMA dan Pembina pada masa hadapan. Majlis diakhir dengan doa dan bersalam-salaman. Dalam perjalanan pulang ke Kolej, para-peserta di bawa membeli-belah di Pasaraya The Spring untuk membeli barang keperluan harian mereka. Rata-rata peserta menyatakan berpuas hati dengan program SM4 ini. Progam ini juga turut disertai oleh aktivis I-Medik ISMA dan ahli ISMA Sarawak. Semoga akan dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan. Syabas dan tahniah buat Pembina Sarawak.






















Thursday 9 June 2011

Promosi Program : Forum "Rahsiaku Kini Milikmu"

Pembina Sarawak dengan Kerjasama kelab Damai UNIMAS menjemput semua pelajar ke sebuah Forum bertajuk 

"Rahsiaku Kini Milikmu"

klik pada gambar poster untuk paparan jelas

Tarikh : 11 Jun 2011 (Sabtu malam)
Tempat : Masjid UNIMAS
Masa : 8.30 malam
Ahli panel 1: Sdr. Mohd Hanis Mohd Nor
                    Pelajar Perubatan Tahun Akhir (UNIMAS)
                    Aktivis I-Medik Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Ahli panel 2: Sdr. Muhamad Danial Salim
                    Pelajar Perubatan tahun 4 (UNIMAS)
                    Biro kemahiran dan Pembangunan Potensi
                    Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) Sarawak
Ahli Panel 3: Sdr Nizzal Syafiq Bostaman
                    Alumni Asasi Sains Hayat 2010/2011
                    Pusat Asasi UNIMAS

Program akan diteruskan dengan Program Qiamullail dan Kuliah Subuh pada pagi Ahad oleh Ust. Mejar Munthaha (Biro Dakwah ISMA Sarawak)

Semoga dengan kehadiran tuan puan mendapat keberkatan, rahmat dan ketenangan daripada Allah swt.

Wednesday 1 June 2011

Jaulah Kampung Pasir Pandak


Sempena musim percutian ini, satu program akan diadakan di Kampung Pasir Pandak, kuching. Dengan kerjasama KRIM (Kelab Remaja ISMA) kami menjemput kepada sesiapa yang mempunyai masa dan tenaga marilah sama-sama membantu dan memeriahkan lagi program ini.

Popular Posts