Monday, 18 July 2011
Monday, 11 July 2011
Senamrobik Muslimah– 'Badan Cergas, Otak Cerdas’
Kota Samarahan, 10 Julai – Buat julung kalinya, Beliawanis PEMBINA Sarawak dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Sarawak, telah menganjurkan program senamrobik yang bertempat di Pejabat ISMA, Kota Samarahan yang bermula seawal jam 7.45 pagi. Seramai 36 orang peserta dan AJK telah menjayakan program tersebut yang terdiri daripada pelajar-pelajar UNIMAS dan UiTM Kota Samarahan.
Senamrobik kali ini yang bertemakan ‘Badan Cergas, Otak Cerdas’ telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta. Ramai peserta sudah berjalan seawal jam 7 pagi daripada Kolej Seroja ke Pejabat ISMA dan ada juga yang berkumpul dahulu di Masjid UNIMAS untuk berjalan bersama-sama dengan sahabat yang lain.
Program ini bertujuan untuk melahirkan individu yang cergas dari segi jasmani dan kesihatan. Seorang pelajar yang cemerlang haruslah mempunyai tubuh badan yang sihat. Bak kata pepatah, otak yang cerdas lahir dari badan yang cergas. Selain itu, seorang pelajar muslim juga perlu menitik beratkan kesihatan fizikal kerana ianya merupakan salah satu daripada ciri-ciri Muwasafat Tarbiyah iaitu Qawiyyul Jismi.
Di samping itu juga, program ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara para pelajar universiti di sekitar Kota Samarahan dan juga menguatkan lagi ikatan hati antara sesama mereka.
Kesimpulannya, program ini mendapat sambutan yang sangat baik dari kalangan peserta. Program seperti ini diharapkan dapat diadakan lagi pada masa akan datang.
Unit Media PEMBINA Cawangan Sarawak
Sunday, 10 July 2011
Mabit dan Riadah - Pemantapan Rohani dan Jasmani
KOTA SAMARAHAN 10 Julai 2011 - Mabit dan Riadah yang dianjurkan oleh ISMA Sarawak dan PEMBINA Sarawak sekali lagi telah mendapat penyertaan yang amat menggalakkan.
Aktiviti dimulakan dengan para peserta berkumpul di Masjid UNIMAS seawal jam 10 malam. Turut hadir bersama ialah YDP ISMA Cawangan Sarawak, Dr. Mohd Khairol bin Jambli.
Aktiviti pada sebelah malam dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Dr. Khairol. Pada sebelah dinihari pula, qiamullail secara berjemaah telah diadakan seawal 4.45 pagi. Dalam penganjuran program ini, para peserta bukan sahaja dididik untuk memerhati kesihatan jasmani sahaja bahkan yang paling penting kesihatan rohani.
Selepas selesai solat Subuh berjemaah, para peserta sekali lagi dihidangkan dengan kuliah tafsir Surah al-Munafiqun yang disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Ahmad Fauzee Abdul Rahman.
Para peserta seterusnya bergerak ke Golden Hawk Sport Center, Kota Samarahan untuk berentap dalam liga futsal. Sebanyak empat pasukan telah beraksi, iaitu Go Green, UiTM Gabungan, Red Mujahid, dan Asasi FC.
Program ini telah dihadiri lebih kurang 50 orang termasuk pelajar-pelajar Asasi Sains di Pusat Pengajian Pra-Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Samarahan dan beberapa aktivis PEMBINA.
Sebagai penutupan, sedikit tazkirah berkenaan kesyumulan konsep ibadah dalam Islam telah disampaikan oleh Saudara Ahmad Hisyam Sabrani sekaligus mengakhiri liga tersebut yang telah dimenangi oleh UiTM Gabungan.
Media PEMBINA Sarawak

Red Mujahid |
Asasi FC |
Beraksi |
Sebahagian pemain dari UiTM Gabungan |
Berehat sementara menunggu giliran bermain |
Saturday, 9 July 2011
PEMBINA Bersama Belia Membangun Jatidiri

BANGI 2 Julai – “Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) serius dan fokus dalam membangunkan jatidiri belia Islam di negara ini.” jelas Saudara Ibrahim Mohd Hassan, Timbalan Presiden PEMBINA di sini dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) PEMBINA. Saudara Ibrahim telah mewakili Presiden PEMBINA, Norzafry Norhalim, bagi menyampaikan ucapan dasar Presiden bertajuk “Bersama Belia Membangun Jatidiri”.
Saudara Ibrahim yang ditemui media PEMBINA berkata, “PEMBINA menggunakan slogan EGM ‘Bersama Belia Membangun Jatidiri’ supaya setiap ahli dan belia secara amnya memahami dengan jelas misi dan visi PEMBINA”. Ucapan dasar Presiden PEMBINA telah menggariskan kepentingan PEMBINA untuk menjadi pertubuhan yang lebih inklusif, dinamik dan mesra belia dalam menempatkan PEMBINA dalam arus perdana. PEMBINA menyatakan komitmennya untuk bersama segenap lapisan belia untuk membangunkan potensi dan jatidiri belia agar menjadi golongan yang benar-benar bermanfaat kepada masyarakat.
Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diadakan di Kompleks PKNS Bangi dihadiri hampir 100 orang dari seluruh negara dan berlangsung dengan suasana harmoni.
Media PEMBINA
Wartawan : Azril Hanafi
Jurugambar : Nazmie Razak , Hakeem Adzman
Jurugambar : Nazmie Razak , Hakeem Adzman
Thursday, 7 July 2011
Pemuda Hebat, Berita Hebat - Dr. Kamsani
BANGI 2 Julai 2011 – Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) PEMBINA 2011 telah disempurnakan Dr. Ahmad Kamsani Samingan, Penasihat PEMBINA yang juga merupakan mantan Timbalan Presiden PEMBINA.
Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa belia mempunyai peranan dan fungsi besar dalam peradaban manusia. Keupayaan belia telah terbukti mampu mengubah dan membentuk lanskap dunia sepanjang sejarah.
Dr. Kamsani turut menjelaskan bahawa belia yang hebat merupakan satu berita yang hebat buat dunia. Al-Quran sendiri menggunakan kalimah “Naba’” sebagai berita hebat bagi menceritakan kisah pemuda Kahfi yang hebat sebagaimana Al-Quran mengguna kalimah “Naba’” untuk peristiwa-peristiwa penting lain.
Penasihat PEMBINA itu turut mengajak para ahli PEMBINA memperkasakan diri dengan menggauli pelbagai lapisan masyarakat dan menambah ilmu pengetahuan bagi menghadapi dunia globalisasi yang kian mencabar.
EGM PEMBINA 2011 ini berlangsung di Kompleks PKNS Bangi dan dihadiri lebih 100 perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara.
Cawangan Sarawak telah diwakili oleh Ketua Cawangan, Saudara Muhd Abdul Mun'aim bin Mohd Idrus, Setiausaha Mohammed Rasheedan bin Ellin, JK Media dan Promosi Muhammad Adib bin Abdullah dan seorang ahli PEMBINA Sarawak, Muhammad Farisd bin Junos.
www.pembina.com.my
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Denga ini dimaklumkan bahawa PEMBINA Sarawak akan berpindah ke www.pembinasarawak.com
-
Pembina Sarawak dengan Kerjasama kelab Damai UNIMAS menjemput semua pelajar ke sebuah Forum bertajuk "Rahsiaku Kini Milikmu" ...
-
BANGI 25 sept 2011 – Persatuan Belia Islam Nasioanal (PEMBINA) mengecam sekeras-kerasnya tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan dan...
-
Kuching, 22 Oktober- Bertemakan Riadah Towards Ibadah, baru-baru ini Isma cawangan Sarawak telah mengadakan satu program rehlah...
-
17 September 2011, Kuching – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Sarawak sekali lagi telah mengadakan suatu program meraikan p...
-
KOTA SAMARAHAN 10 Julai 2011 - Mabit dan Riadah yang dianjurkan oleh ISMA Sarawak dan PEMBINA Sarawak sekali lagi telah mendapat penyertaan ...
-
SHAH ALAM 22 Oktober – Dengan pelbagai kemudahan dan teknologi terkini, belia mestilah menggunakan peluang yang sedia ada ini untuk mema...
-
Sukacita dimaklumkan Pendaftaran Zero to Hero sudah ditutup kerana kuota sudah penuh. PEMBINA SARAWAK mengucapkan selamat menyertai Semin...
-
14 Ogos 2011, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kuching – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dengan kerjasama Persatuan Pelatih Islam KS...
-
UNIMAS, 4 November 2011 - Program Ceramah Korban ”Kerana Cinta Perlukan Pengorbanan” telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya melibatkan ke...