Sunday 12 June 2011

30 peserta sertai Semai Mesra 4 (11 Jun 2011)

Pada 11 Jun 2011: Pembina Sarawak telah mengadakan program semai mesra 4 bagi meraikan pelajar baru asasi UNIMAS batch kedua. Bertempat di pasir panjang, kuching Sarawak program ini bermula seawal jam 7 pagi dengan taaruf dan sarapan pagi. Peserta juga diajarkan untuk melakukan solat sunat dhuha sebelum aktiviti pantai bermula. Aktiviti bertambah menarik dengan pertandingan membuat layang-layang dan menerbangkannya di kawasan pantai. Seterusnya peserta bermandi-manda dan diselang selikan dengan permainan menarik seperti belalang belatuk dll bagi merapatkan ukhwah sesama peserta. Selesai makan tengahari dan solat zohor, majlis penutupan diadakan dengan beberapa ucapan diberikan oleh Pengerusi Pembina Sarawak, Sdr Mun'aim idrus yang mengucapkan terimas kasih atas kehadiran peserta dan berharap program SM4 ini dapat mengeratkan ukhwah. Seterusnya ucapan kedua disampaikan oleh Sdr Abd Hafidz Yusoff, Biro Pembangunan Sumber Manusia (PSM) ISMA Sarawak. Beliau memberi pesanan kepada peserta agar selalu menyertai program-program seperti ini agar dapat menghindarkan diri daripada aktiviti yang tidak sihat dan berharap agar peserta dapat fokus dengan tujuan hidup sebagai muslim sejati yang menjadi contoh buat pelajar-pelajar lain. Ucapan wakil peserta Asasi pula disampaikan oleh Sdr Iqbal Najid yang mana dalam ucapannya beliau berharap semua peserta dapat saling kenal-mengenal untuk membentuk ukhwah islamiyah yang kuat demi kekuatan ummat islam khususnya buat rakan-rakan beliau daripada Asasi. Pesan beliau juga agar beliau dan peserta dapat selalu menyertai program-program anjuran ISMA dan Pembina pada masa hadapan. Majlis diakhir dengan doa dan bersalam-salaman. Dalam perjalanan pulang ke Kolej, para-peserta di bawa membeli-belah di Pasaraya The Spring untuk membeli barang keperluan harian mereka. Rata-rata peserta menyatakan berpuas hati dengan program SM4 ini. Progam ini juga turut disertai oleh aktivis I-Medik ISMA dan ahli ISMA Sarawak. Semoga akan dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan. Syabas dan tahniah buat Pembina Sarawak.






















No comments:

Post a Comment

Popular Posts